Showing posts with label kronologi. Show all posts
Showing posts with label kronologi. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

Kronologi Big Bang

Lebih kurang 13.75 billion tahun yang lalu, Allah telah menciptakan satu jasad yang sangat panas, sangat padat dan bersaiz nukleus atom. Jasad ini juga memiliki tenaga yang sangat besar iaitu menyamai semua tenaga yang ada di alam semesta sekarang. Ketika itu tiada masa dan tiada ruang pada alam semesta kita.

Kemudian berlaku letupan pada jasad itu dalam masa 1x10^-43 saat. Letupan ini menyebabkan partikel-partikel asas seperti quarks mula bergabung, photons terhasil, positron dan neutrinos juga terhasil bersama-sama dengan anti partikel masing-masing. Dan alam semesta mula berkembang.