Tuesday 17 January 2012

Ulul Albab

Assalamualaikum wbt.
Ini adalah post pertama saya dalam bahasa malaysia =).
Saintis islam dulu-dulu hebat sebab pengetahuan sains mereka bersandarkan agama.
Saya harap melalui post-post seterusnya dalam blog ni, kita dapat berkongsi ilmu-ilmu agama dan sains.






Seperti dalam al-quran surah al-imran ada disebut:


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ (١٩٠) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)

(190) Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albaab).
(191) (Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."


Seperti dalam ayat diatas, Ulul albab adalah golongan hamba Allah yang sentiasa mengingati-Nya dan sentiasa berfikir tentang kekuasaaan Allah dengan memerhatikan ciptaan-Nya. Pada pendapat saya ini adalah ilmu sains. Dengan memahami sains, kita akan dapat lebih memahami betapa sempurnanya ilmu Allah swt. 

Seperti Ulul albab, setelah mereka menyedari betapa sempurnanya ciptaan Allah swt, mereka berkata "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.".

Saya harap kita pun akan dapat memahami seperti mereka juga. semoga usaha kita nanti mendapat keredhaan-Nya. Amin.


No comments:

Post a Comment